Thursday, August 7, 2008

YB Zulkifli Noordin 7/8/08

Dibincangkan isu semasa bermula dengan peristiwa Isra' Mikraj.

17:1 Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaksa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ (17:1)

Masjidil Aqsa bermaksud masjid yang jauh. Jaraknya adalah 1,500km dari Makkah dan selama 45 hari perjalanan dengan unta.

Masjidil Aqsa adalah juga salah satu mukjizat Nabi s.a.w. untuk hujah baginda dengan orang kafir Quraisy. Juga, Nabi s.a.w. telah dapat menerangkan secara terperinci tentang satu kabilah dagang yang salam perjalanan pulang ke Makkah.

Satu perkara yang perlu diingat bahawa kita selalu ditunjukkan masjid yang berkubah kuning sebagai Masjid Al-Aqsa. Bukan, masjid kubah kuning itu bukan Masjid Al-aqsa tapi ianya dinamakan "Dome of the rock". Dibina oleh Khalifah Al-Marwan (or Malik Marwan ~ kawe kurang pasti). Masjid ini menempatkan batu terapung yang nak mengikuti Nabi s.a.w. mikraj ke langit. Diceritakan bahawa dahulu Yahudi telah mencetak banyak gambar masjid kubah kuning untuk mengelirukan orang Islam.

Tak silap pendengaran saya, kedua-dua masjid terletak di kompleks baitulmaqdis.

Masjid Al-Aqsa adalah masjid yang berkubah kelabu (dibahagian bawahnya). Terdapat 3 tiang besar setiap tiang adalah sebesar tiga pemeluk lelaki dewasa.. Masjid Al-Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Terdapat satu mihrab kecil yang menjadi tempat nabi solat bersama2 dengan roh2 para nabi dan juga kiblat pertama umat Islam. Jika kita undur sedikit dan kesebelah kiri kita akan lihat satu mihrab kecil yang lain sebagai kiblat ke Baitullah di Makkah.

Diceritakan juga tentang Dome of Sulaiman (Istana Nabi Sulaiman a.s.) yang seperti mana yang direkodkan tentang Ratu Bakqis yang mengangkat kain kerana disangka lantai ada air ~ masih lagi wujud sampai sekarang. Ianya bukan air tapi diperbuat dari emas putih. Ianya adalah dekat dengan the Wailing Wall.

Baitulmaqdis dibuka oleh Islam paa tahun 16H dizaman Sayyidina Umar r.a.. Ada cerita tentang S. Umar yang pergi ke Baitulmaqdis dengan unta bersama dengan hambanya.

Banyak lagi diceritakan. Nanti kawe sambung bahagian 2 (agar Allah beri kekuatan).

Wassalam

Wednesday, August 6, 2008

Ust Malik 6/8/08

Hari ini masih lagi pada bab pertama dari kitab Belitan Iblis.

Merujuk pada kata-kata Imam Syafie rmh yang mengatakan "Apabila aku melihat seorang ahli hadis, seolah2 aku telah melihat seorang dari sahabat Nabi s.a.w."

Ini merujuk kepada peri-pentingnya kita mendekatkan diri dengan hadis yang mana hadislah yang menerangkan maksud al-Quran.

Dikalangan ulama'2 yang ada, amat kurang yang betul2 dapat merujuk segala fakta yang dihuraikan kepada hadis, kebanyakan akan merujuk kepada ulama2 tertentu ~ ini bukanlah satu kesalahan cuma jika dapat kita mengetahui dalilnya sekali amatlah seronok sekali.

Juga diceritakan tentang permasalahan tahlil ~ sampai atau tidak bacaan orang hidup ini pada simati. Ianya adalah satu perselisihan yang besar dikalangan ulama'. Daripada imam yang empat, cuma Imam Hanafi rmh yang mengatakan sampai, tiga yang lain mengatakan tidak, kedua-dua pendapat ada hujah masing-masing. Saya berpegang pada tak sampai dan saya tak nak berbalah dengan sesiapa berkenaan hal ini ~ kadang2 saya hadir dan kadang2 saya tak hadir di dalam sesuatu majlis tahlil itu.

Satu perkara yang tak menjadi perselisihan adalah tentang sampainya pahala amalan anak untuk kedua ibubapanya samaada hidup ataupun yang telah mati ~ tak semestinya bertahlil. Oleh itu sebagai pengajaran kepada kita:

1. Untuk yang nak bertahlil pastikanlah kita mampu untuk mengepalai majlis tahlil sebab pahala dan doa kita untuk kedua ibu bapa kita akan pasti sampai seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.. Jangan disuruh orang lain hatta pak imam sekalipun.

2. Berpandukan nombor 1, inilah pentingnya ibubapa mendidik anak2 supaya jadi anak yang soleh.....bukan mat saleh.

wassalam