Wednesday, July 30, 2008

Ust Najib pada hari Rabu 29/07/08

Pada hari Rabu, Ust Najib mengajar tafsir ringkas surah-89 (al-Fajr) dari ayat 1-20.

89:1 Demi fajar,
وَالْفَجْرِ (89:1)
89:2 dan malam yang sepuluh,
وَلَيَالٍ عَشْرٍ (89:2)
89:3 dan yang genap dan yang ganjil,
وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ (89:3)
89:4 dan malam bila berlalu.
وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ (89:4)
89:5 Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal.
هَلْ فِي ذَلِكَ قَسَمٌ لِّذِي حِجْرٍ (89:5)
89:6 Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad?,
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (89:6)
89:7 (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,
إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ (89:7)
89:8 yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,
الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ (89:8)
89:9 dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah,
وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ (89:9)
89:10 dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak),
وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ (89:10)
89:11 yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,
الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ (89:11)
89:12 lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu,
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ (89:12)
89:13 karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab,
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ (89:13)
89:14 sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.
إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ (89:14)
89:15 "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: ""Tuhanku telah memuliakanku""."
فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ (89:15)
89:16 "Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: ""Tuhanku menghinakanku""."
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ (89:16)
89:17 Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim,
كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ (89:17)
89:18 dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin,
وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (89:18)
89:19 dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang batil),
وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا (89:19)
89:20 dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا (89:20)

Allah telah bersumpah dengan 4 perkara:
1. Fajar
2. Malam yg sepuluh - jumhur ulamak mengatakan 1-10 Zulhijjah, ada yang mengatakan 10 terakhir bulan ramadan
3. Genap dan ganjil - ditafsirkan sebagai genap=berpasangan, ganjil=bersendirian, juga genap=semua makhluk dan ganjil=Allah yg esa. *Ada juga dulu Ust Hanafi-UTM yg mengamalkan perubatan alternatif mentafsirkan genap dan ganjil ini dari segi penyakit dan penawar, spt mana Allah jadikan sebelah sayap lalat itu penyakit dan sebelah lagi penawarnya. Dan juga benda2 yang lain spt mana petua ornag tua bila makan durian dan utk membuang efek panasnya kita minum air menggunakan kulitnya pula. Banyak perubatan alternatif / petua yang kebiasaannya menggunakan kaedah ini. Nak tahu lebih? kena belajarlah, kawe tak pandai mana benda nih.
4. Waktu malam.

Untuk tahu tafsirnya lebih lanjut, kena rujuk kitab tafsir. Kawe guna Tafsir al-Munir karangan Dr. Wahbah az-Zuhaily yg diterjemahkan oleh PUM.

Wassalam

Wednesday, July 23, 2008

Ust Mohd Zain pada 23/07/08

Sambungan bab kelebihan hari Jumaat dari kitab Zaadul Ma'ad.


Nombor 6 sampai nombor 16.


Pada menceritakan lagha ketika dengar khutbah, lagha bukan setakat bercakap2 semasa khutbah tetapi juga bila ditanya selepas khutbah tentang isi khutbah tapi sudah tak ingat ~ juga lagha. (Cuma permasalahan sekarang ialah kualiti khutbah yang tidak mencapai maksud - peng.).


Satu perkara lagi yang saya rasa agak penting yang disentuh ialah keutamaan membaca surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Kelebihan membaca surah al-Kahfi ada dua yang penting:

1. Selamat dari fitnah dajjal

2. Selamat dari fitnah pada saat kematian


Mengikut Imam Ahmad, saat mati ada dua perkara yang amat besar:

1. Pengharapan dengan Allah

2. Perang dengan iblis


Ada kisah saat kematian Imam Ahmad yang diceritakan.


Ada kelebihan juga jika menghafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah ini.


Satu lagi huraian yang agak panjang tentang musafir pada hari Jumaat. Disebabkan pandangan Imam Syafie rmh bahawa solat Jumaat perlu ada 40 orang maka ada beberapa kaedah hukum pada bermusafir pada hari Jumaat, makruh sebelum subuh, haram selepas itu. Pada pandangan Imam2 yang lain, tidak meletakkan jumlah sebagai syarat solat Jumaat, cukup jika dapat berjemaah jadi musafir pada hari Jumaat adalah makruh sahaja.



Wallahua'lam

Ust Salahuddin Perwira 22/7/08

Ust menyambung perbincangan berkenaan dengan Talak. Maklumat diambil dari buku "400 soal jawab nikah kahwin" oleh bekas mufti Sabah.

Ada 3 jenis talak:
1. Soreh ~ jelas samaada 1 talak, 2 atau 3 talak
2. Kinayah ~ berkias atau sindiran seperti; setakat ini saja kita, balik rumah mak bapak awak dsb. Perlu ada niat.
3. Taklik ~ bersebab seperti; awak keluar pintu ni jatuh talak dsb.

Ilmu berkenaan nikah kahwin, aqad, talak cerai ini adalah penting bagi menjaga keturunan. Tanpa ilmu; kadang2 talak dah guna kesemua tapi masih bersama, dapat anak zina dan implikasi2 seperti tak boleh jadi wali dan menerima pesaka. Tanpa disedari perkara ini banyak terjadi di dalam masyarakat kita. Bila wali tidak sah maka perkahwinan yang diwalikan itu pula tidak sah.

Mengikut kajian oleh jabatan agama NS, sebanyak 95% permasalahan keluarga adalah disebabkan tak mengerjakan solat; samaada suami, isteri ataupun anak2.

Terdapat 6 rukun talak (sila rujuk kitab berkenaan).

Ada 3 syarat sah talak (sila rujuk kitab berkenaan).

Dari segi edah pula spt berikut:

1. Belum bersetubuh ~ tak ada edah
2. Telah bersetubuh ~ 3 kali suci
3. Telah monopaus ~ 3 bulan
4. Mati suami ~ 4 bulan 10 hari
5. Mengandung ~ sehingga melahirkan

Ada lagi yand dibincangkan tapi cukup setakat ini sahaja. Kena belajar lah, selalu pergi surau / masjid insyaalah banyak ilmu; tak ada la pulok ustaz pegi mengajar kat panggung wayang.

Wallahua'lam

Thursday, July 17, 2008

Ust Mohd Izzat pada 17/07/08 (Khamis)

Menggantikan Ust Ridwan yang tak sihat.

Menceritakan tentang pentingnya kita kenal Al-Quran.

Antara kelebihannya:
1. Mendengar satu ayat maka dicampakkan nur ke dalam hatinya
2. Membaca satu huruf dapat 1 kebajikan (diganda 10)
3. Membacanya akan dapat syafaat dari Al-Quran di akhirat kelak.

Wallahua'lam

Kuliah Ust Shaari Che In pada 16/7/08 (Rabu)

Seperti biasa, ulasan diambil dari kitab karangan Imam Abdullah Haddad .

Al-Ankabut : 45

29:45 Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ (29:45

Peri pentingnya menjaga solat bermula dari kesempurnaan wuduk. Solat berjemaah diawal waktu dsb.

Tuesday, July 15, 2008

Kuliah Ust Yunus

Hari ini Ust Yunus terangkan berkenaan satu hadis Nabi S.A.W. dari Ibnu Umar r.a. dari kitab Bahrul Mazi Jilid 13. Dosa besar memaki ibu bapa. Caranya dengan kita memaki ibu bapa orang lain dan orang itu pula memaki ibu bapa kita. Indirectly kita memaki ibu bapa kita sendiri. Tanpa kita sedari kita telah melakukan dosa besar yang membawa kepada derhaka. Dosa besar/derhaka akan memeri impak yang besar kepada kehidupan di dunia dan akhirat. Kalau nak tahu lanjut kena belajar la....

Update : Ceramah-Ceramah

Beberapa ceramah selepas posting yang terakhir adalah dari beberapa ustaz seperti Ust Malik ~ Belitan Iblis, YB Zul ~ isu semasa (minyak), Dr Ali Saripan ~ nama2 Allah (15 nama Allah). Semalam Ust Raihan beritahu pasal membuat tuduhan serta maqasid syarriyyah (5 asas yang dijaga). Gugur hak orang fasik dalam persaksian serta beberapa yang lain.

Wallahua'lam

Thursday, July 3, 2008

Ustaz Malik pada hari Rabu 1/7/08

Ustaz Malik menyambung pengajian dari kitab Talbis Iblis karangan Ibnu Qayyim Al Jauziah yang diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait (al marhum) pada bab 1 - perihal perintah menetapkan diri pada sunnah dan jamaah.


Diulang kembali tentang asas pegangan ASWJ iaitu 11 rukun.


Wassalam

Wednesday, July 2, 2008

Ceramah Ust Dr Jahid Sidek pada 1/7/2008

Hari Selasa Ust Dr Jahid Sidek memberi kuliah sambungan kepada kuliah minggu lepas tentang pentingnya menggunakan hati menurut ahli tasauf.

Empat faktor penting yang menjadi menghalang penggunaan hati adalah:
1. Kegelapan lalai (ghaflah) - ghaflah maksimun jadi binatang (rujuk al Quran)
2. Kegelapan maksiat - buat maksiat disebabkan lalai ~ kena buang lalai dulu
3. Kegelapan shahwat - nafsu menguasai hati, mempunyai 3 kawan, i.e. syaitan, kesenangan dunia dan manusia yang jahat.
4. Ada rupa makhluk - diceritakan tentang Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya (Nabi Ismail) ~ menghilangkan rupa makhluk dalam hati. Menggunakan rabithoh (penguat) untuk ini.

Perlunya kepada bimbingan dalam usaha membuang perkara2 yang menjadi penghalang ini. Jika dapat menggunakan hati secara maksimum maka boleh mencapai kepada tingkatan ulul al-bab (keutamaan hati).

Ada lagi yang diceritakan tapi cukup setakat ini sahaja.

Wassalam