Thursday, September 11, 2008

Posting terhenti.......

Assalamualaikukm,

Dah lebih sebulan kawe tidah menulis diblog ini, mungkin sebab tak ada mood ataupun mugkin juga banyak membelek blog2 orang lain yang begitu banyak sekali memuatkan berita2 serta ilmu2 yang begitu baik. Ditambah pula dengan bulan Ramadan ni, lagi banyak benda lain yang nak di buat, ceramah pon setengah jam saja jadi kebanyakan penceramah mengupas mengenai puasa dan bulan Ramadan (topik asal akan disambung selepas raya). Ramai juga Ustaz2 regular yang tak dapat hadir jadi diganti dengan Ustaz2 yang lain.

Nanti kalau ada peluang kawe sambung pengisian blog ini.

Wassalam

Thursday, August 7, 2008

YB Zulkifli Noordin 7/8/08

Dibincangkan isu semasa bermula dengan peristiwa Isra' Mikraj.

17:1 Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaksa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ (17:1)

Masjidil Aqsa bermaksud masjid yang jauh. Jaraknya adalah 1,500km dari Makkah dan selama 45 hari perjalanan dengan unta.

Masjidil Aqsa adalah juga salah satu mukjizat Nabi s.a.w. untuk hujah baginda dengan orang kafir Quraisy. Juga, Nabi s.a.w. telah dapat menerangkan secara terperinci tentang satu kabilah dagang yang salam perjalanan pulang ke Makkah.

Satu perkara yang perlu diingat bahawa kita selalu ditunjukkan masjid yang berkubah kuning sebagai Masjid Al-Aqsa. Bukan, masjid kubah kuning itu bukan Masjid Al-aqsa tapi ianya dinamakan "Dome of the rock". Dibina oleh Khalifah Al-Marwan (or Malik Marwan ~ kawe kurang pasti). Masjid ini menempatkan batu terapung yang nak mengikuti Nabi s.a.w. mikraj ke langit. Diceritakan bahawa dahulu Yahudi telah mencetak banyak gambar masjid kubah kuning untuk mengelirukan orang Islam.

Tak silap pendengaran saya, kedua-dua masjid terletak di kompleks baitulmaqdis.

Masjid Al-Aqsa adalah masjid yang berkubah kelabu (dibahagian bawahnya). Terdapat 3 tiang besar setiap tiang adalah sebesar tiga pemeluk lelaki dewasa.. Masjid Al-Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Terdapat satu mihrab kecil yang menjadi tempat nabi solat bersama2 dengan roh2 para nabi dan juga kiblat pertama umat Islam. Jika kita undur sedikit dan kesebelah kiri kita akan lihat satu mihrab kecil yang lain sebagai kiblat ke Baitullah di Makkah.

Diceritakan juga tentang Dome of Sulaiman (Istana Nabi Sulaiman a.s.) yang seperti mana yang direkodkan tentang Ratu Bakqis yang mengangkat kain kerana disangka lantai ada air ~ masih lagi wujud sampai sekarang. Ianya bukan air tapi diperbuat dari emas putih. Ianya adalah dekat dengan the Wailing Wall.

Baitulmaqdis dibuka oleh Islam paa tahun 16H dizaman Sayyidina Umar r.a.. Ada cerita tentang S. Umar yang pergi ke Baitulmaqdis dengan unta bersama dengan hambanya.

Banyak lagi diceritakan. Nanti kawe sambung bahagian 2 (agar Allah beri kekuatan).

Wassalam

Wednesday, August 6, 2008

Ust Malik 6/8/08

Hari ini masih lagi pada bab pertama dari kitab Belitan Iblis.

Merujuk pada kata-kata Imam Syafie rmh yang mengatakan "Apabila aku melihat seorang ahli hadis, seolah2 aku telah melihat seorang dari sahabat Nabi s.a.w."

Ini merujuk kepada peri-pentingnya kita mendekatkan diri dengan hadis yang mana hadislah yang menerangkan maksud al-Quran.

Dikalangan ulama'2 yang ada, amat kurang yang betul2 dapat merujuk segala fakta yang dihuraikan kepada hadis, kebanyakan akan merujuk kepada ulama2 tertentu ~ ini bukanlah satu kesalahan cuma jika dapat kita mengetahui dalilnya sekali amatlah seronok sekali.

Juga diceritakan tentang permasalahan tahlil ~ sampai atau tidak bacaan orang hidup ini pada simati. Ianya adalah satu perselisihan yang besar dikalangan ulama'. Daripada imam yang empat, cuma Imam Hanafi rmh yang mengatakan sampai, tiga yang lain mengatakan tidak, kedua-dua pendapat ada hujah masing-masing. Saya berpegang pada tak sampai dan saya tak nak berbalah dengan sesiapa berkenaan hal ini ~ kadang2 saya hadir dan kadang2 saya tak hadir di dalam sesuatu majlis tahlil itu.

Satu perkara yang tak menjadi perselisihan adalah tentang sampainya pahala amalan anak untuk kedua ibubapanya samaada hidup ataupun yang telah mati ~ tak semestinya bertahlil. Oleh itu sebagai pengajaran kepada kita:

1. Untuk yang nak bertahlil pastikanlah kita mampu untuk mengepalai majlis tahlil sebab pahala dan doa kita untuk kedua ibu bapa kita akan pasti sampai seperti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.. Jangan disuruh orang lain hatta pak imam sekalipun.

2. Berpandukan nombor 1, inilah pentingnya ibubapa mendidik anak2 supaya jadi anak yang soleh.....bukan mat saleh.

wassalam

Wednesday, July 30, 2008

Ust Najib pada hari Rabu 29/07/08

Pada hari Rabu, Ust Najib mengajar tafsir ringkas surah-89 (al-Fajr) dari ayat 1-20.

89:1 Demi fajar,
وَالْفَجْرِ (89:1)
89:2 dan malam yang sepuluh,
وَلَيَالٍ عَشْرٍ (89:2)
89:3 dan yang genap dan yang ganjil,
وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ (89:3)
89:4 dan malam bila berlalu.
وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ (89:4)
89:5 Pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) oleh orang-orang yang berakal.
هَلْ فِي ذَلِكَ قَسَمٌ لِّذِي حِجْرٍ (89:5)
89:6 Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad?,
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (89:6)
89:7 (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,
إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ (89:7)
89:8 yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,
الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ (89:8)
89:9 dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah,
وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ (89:9)
89:10 dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak),
وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ (89:10)
89:11 yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,
الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ (89:11)
89:12 lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu,
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ (89:12)
89:13 karena itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab,
فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ (89:13)
89:14 sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.
إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ (89:14)
89:15 "Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: ""Tuhanku telah memuliakanku""."
فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ (89:15)
89:16 "Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: ""Tuhanku menghinakanku""."
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ (89:16)
89:17 Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim,
كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ (89:17)
89:18 dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin,
وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ (89:18)
89:19 dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang batil),
وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلًا لَّمًّا (89:19)
89:20 dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبًّا جَمًّا (89:20)

Allah telah bersumpah dengan 4 perkara:
1. Fajar
2. Malam yg sepuluh - jumhur ulamak mengatakan 1-10 Zulhijjah, ada yang mengatakan 10 terakhir bulan ramadan
3. Genap dan ganjil - ditafsirkan sebagai genap=berpasangan, ganjil=bersendirian, juga genap=semua makhluk dan ganjil=Allah yg esa. *Ada juga dulu Ust Hanafi-UTM yg mengamalkan perubatan alternatif mentafsirkan genap dan ganjil ini dari segi penyakit dan penawar, spt mana Allah jadikan sebelah sayap lalat itu penyakit dan sebelah lagi penawarnya. Dan juga benda2 yang lain spt mana petua ornag tua bila makan durian dan utk membuang efek panasnya kita minum air menggunakan kulitnya pula. Banyak perubatan alternatif / petua yang kebiasaannya menggunakan kaedah ini. Nak tahu lebih? kena belajarlah, kawe tak pandai mana benda nih.
4. Waktu malam.

Untuk tahu tafsirnya lebih lanjut, kena rujuk kitab tafsir. Kawe guna Tafsir al-Munir karangan Dr. Wahbah az-Zuhaily yg diterjemahkan oleh PUM.

Wassalam

Wednesday, July 23, 2008

Ust Mohd Zain pada 23/07/08

Sambungan bab kelebihan hari Jumaat dari kitab Zaadul Ma'ad.


Nombor 6 sampai nombor 16.


Pada menceritakan lagha ketika dengar khutbah, lagha bukan setakat bercakap2 semasa khutbah tetapi juga bila ditanya selepas khutbah tentang isi khutbah tapi sudah tak ingat ~ juga lagha. (Cuma permasalahan sekarang ialah kualiti khutbah yang tidak mencapai maksud - peng.).


Satu perkara lagi yang saya rasa agak penting yang disentuh ialah keutamaan membaca surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Kelebihan membaca surah al-Kahfi ada dua yang penting:

1. Selamat dari fitnah dajjal

2. Selamat dari fitnah pada saat kematian


Mengikut Imam Ahmad, saat mati ada dua perkara yang amat besar:

1. Pengharapan dengan Allah

2. Perang dengan iblis


Ada kisah saat kematian Imam Ahmad yang diceritakan.


Ada kelebihan juga jika menghafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah ini.


Satu lagi huraian yang agak panjang tentang musafir pada hari Jumaat. Disebabkan pandangan Imam Syafie rmh bahawa solat Jumaat perlu ada 40 orang maka ada beberapa kaedah hukum pada bermusafir pada hari Jumaat, makruh sebelum subuh, haram selepas itu. Pada pandangan Imam2 yang lain, tidak meletakkan jumlah sebagai syarat solat Jumaat, cukup jika dapat berjemaah jadi musafir pada hari Jumaat adalah makruh sahaja.



Wallahua'lam

Ust Salahuddin Perwira 22/7/08

Ust menyambung perbincangan berkenaan dengan Talak. Maklumat diambil dari buku "400 soal jawab nikah kahwin" oleh bekas mufti Sabah.

Ada 3 jenis talak:
1. Soreh ~ jelas samaada 1 talak, 2 atau 3 talak
2. Kinayah ~ berkias atau sindiran seperti; setakat ini saja kita, balik rumah mak bapak awak dsb. Perlu ada niat.
3. Taklik ~ bersebab seperti; awak keluar pintu ni jatuh talak dsb.

Ilmu berkenaan nikah kahwin, aqad, talak cerai ini adalah penting bagi menjaga keturunan. Tanpa ilmu; kadang2 talak dah guna kesemua tapi masih bersama, dapat anak zina dan implikasi2 seperti tak boleh jadi wali dan menerima pesaka. Tanpa disedari perkara ini banyak terjadi di dalam masyarakat kita. Bila wali tidak sah maka perkahwinan yang diwalikan itu pula tidak sah.

Mengikut kajian oleh jabatan agama NS, sebanyak 95% permasalahan keluarga adalah disebabkan tak mengerjakan solat; samaada suami, isteri ataupun anak2.

Terdapat 6 rukun talak (sila rujuk kitab berkenaan).

Ada 3 syarat sah talak (sila rujuk kitab berkenaan).

Dari segi edah pula spt berikut:

1. Belum bersetubuh ~ tak ada edah
2. Telah bersetubuh ~ 3 kali suci
3. Telah monopaus ~ 3 bulan
4. Mati suami ~ 4 bulan 10 hari
5. Mengandung ~ sehingga melahirkan

Ada lagi yand dibincangkan tapi cukup setakat ini sahaja. Kena belajar lah, selalu pergi surau / masjid insyaalah banyak ilmu; tak ada la pulok ustaz pegi mengajar kat panggung wayang.

Wallahua'lam

Thursday, July 17, 2008

Ust Mohd Izzat pada 17/07/08 (Khamis)

Menggantikan Ust Ridwan yang tak sihat.

Menceritakan tentang pentingnya kita kenal Al-Quran.

Antara kelebihannya:
1. Mendengar satu ayat maka dicampakkan nur ke dalam hatinya
2. Membaca satu huruf dapat 1 kebajikan (diganda 10)
3. Membacanya akan dapat syafaat dari Al-Quran di akhirat kelak.

Wallahua'lam

Kuliah Ust Shaari Che In pada 16/7/08 (Rabu)

Seperti biasa, ulasan diambil dari kitab karangan Imam Abdullah Haddad .

Al-Ankabut : 45

29:45 Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Qur'an) dan dirikanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (salat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ (29:45

Peri pentingnya menjaga solat bermula dari kesempurnaan wuduk. Solat berjemaah diawal waktu dsb.

Tuesday, July 15, 2008

Kuliah Ust Yunus

Hari ini Ust Yunus terangkan berkenaan satu hadis Nabi S.A.W. dari Ibnu Umar r.a. dari kitab Bahrul Mazi Jilid 13. Dosa besar memaki ibu bapa. Caranya dengan kita memaki ibu bapa orang lain dan orang itu pula memaki ibu bapa kita. Indirectly kita memaki ibu bapa kita sendiri. Tanpa kita sedari kita telah melakukan dosa besar yang membawa kepada derhaka. Dosa besar/derhaka akan memeri impak yang besar kepada kehidupan di dunia dan akhirat. Kalau nak tahu lanjut kena belajar la....

Update : Ceramah-Ceramah

Beberapa ceramah selepas posting yang terakhir adalah dari beberapa ustaz seperti Ust Malik ~ Belitan Iblis, YB Zul ~ isu semasa (minyak), Dr Ali Saripan ~ nama2 Allah (15 nama Allah). Semalam Ust Raihan beritahu pasal membuat tuduhan serta maqasid syarriyyah (5 asas yang dijaga). Gugur hak orang fasik dalam persaksian serta beberapa yang lain.

Wallahua'lam

Thursday, July 3, 2008

Ustaz Malik pada hari Rabu 1/7/08

Ustaz Malik menyambung pengajian dari kitab Talbis Iblis karangan Ibnu Qayyim Al Jauziah yang diterjemahkan oleh Syed Ahmad Semait (al marhum) pada bab 1 - perihal perintah menetapkan diri pada sunnah dan jamaah.


Diulang kembali tentang asas pegangan ASWJ iaitu 11 rukun.


Wassalam

Wednesday, July 2, 2008

Ceramah Ust Dr Jahid Sidek pada 1/7/2008

Hari Selasa Ust Dr Jahid Sidek memberi kuliah sambungan kepada kuliah minggu lepas tentang pentingnya menggunakan hati menurut ahli tasauf.

Empat faktor penting yang menjadi menghalang penggunaan hati adalah:
1. Kegelapan lalai (ghaflah) - ghaflah maksimun jadi binatang (rujuk al Quran)
2. Kegelapan maksiat - buat maksiat disebabkan lalai ~ kena buang lalai dulu
3. Kegelapan shahwat - nafsu menguasai hati, mempunyai 3 kawan, i.e. syaitan, kesenangan dunia dan manusia yang jahat.
4. Ada rupa makhluk - diceritakan tentang Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya (Nabi Ismail) ~ menghilangkan rupa makhluk dalam hati. Menggunakan rabithoh (penguat) untuk ini.

Perlunya kepada bimbingan dalam usaha membuang perkara2 yang menjadi penghalang ini. Jika dapat menggunakan hati secara maksimum maka boleh mencapai kepada tingkatan ulul al-bab (keutamaan hati).

Ada lagi yang diceritakan tapi cukup setakat ini sahaja.

Wassalam

Wednesday, June 25, 2008

Ceramah hari ini oleh Ust Md Zain

Dari kitab Zaadul Maad karangan Ibnu Qayyim dibawah tajuk kelebihan hari Jumaat. Sila rujuk kitab berkenaan.

Wassalam

Kawe sibuk sikit

Sori la tak dapat update blog kebelakange nih. Sibuk dengan kursus dan hal peribadi.

Wassalam

Wednesday, June 18, 2008

Hari ni ceramah oleh Ust shaari Che In

Ulasan diambil dari kitab karangan Imam Abdullah Haddad ~ Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Rujuk Surah An-Najm:31.

53:31 Dan hanya kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (surga).

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ لِيَجْزِيَ الَّذِينَ أَسَاؤُوا بِمَا عَمِلُوا وَيَجْزِيَ الَّذِينَ أَحْسَنُوا بِالْحُسْنَى (53:31)


Jangan dikejar benda yang tinggal, kejarlah benda yang nak dibawa bersama.

Wassalam

Harga petrol bukan RM2.704 seliter

Sebentar tadi ada terbaca dalam Malay Mail yang menteri cakap harga minyak bukan RM2.704 seperti yang tertera di stesen minyak, ianya adalah RM2.70. Isu ni timbul serta-merta selepas kenaikan minyak diumumkan, mengapa baru sekarang kata syarikat minyak kena calibrate balik harga tu kepada harga yang betul. Aku dah isi beratus ringgit dah woi pak menteri.

Salam.

Tuesday, June 17, 2008

tarikh dah betul

atas nasihat si putu (aku dah kata dia memang kaypoh) maka aku cek tengok setting, godek2 sikit dan akhirnya dah perbetulkan setting masa (ada ka patut dia set kan -8.00 GMT Vancouver lagi tuh). Apa2 pon terima kasih kat si Putubambu sebab mengkepohkan dirinya.

Hari ni Ustaz Yunus pulak

Ustaz Yunus cerita pasal Qiamat, dari kitab Imam Al Qurtubi (ensiklopedi Kematian ~ harap betul la tajuk buku ni). Berdasarkan hadis tentang pertanyaan Sayyidina Muaz r.a. kepada Rasulullah S.A.W. tentang salah satu ayat dalam Surah An-Naba'. Diceritakan tentang bagaimana manusia dibangkitkan nanti dengan kelompok-kelompok yang tertentu. Tadi tak ada la pulak tertidur tapi tak berapa nak ingat la pulok.

Wallahua'lam

Nanti la kalu ada masa kawe update la lagi.

Monday, June 16, 2008

tarikh tak betul

heran pulak pasal apa tarikh posting tak betul, post hari Isnin dia tulis hari Ahad...???

Tengahari ni dengar ceramah Ust Ali Saripan

Hari ini ceramah oleh Ust Dr Haji Mohd Ali bin Saripan Al-Hafiz pasal Islam, Muslim dan Salam. Nanti kena dengar balik rakaman ceramah dia baru boleh cerita lanjut. Beliau suruh tengok ayat2 Al-Quran berikut: 6:162, 50:16, 5:3, 7:43, 3:19, 22:78, 33:35, 3:1 dan ada lagi.

Tunggu update dalam tajuk yang sama.

Dah dapat balik dah font dia

yahoo.....font dah tukar balik..yea ha

பொண்ட்

இது ஹரி அட உப் பொண்ட் தறி இங்கிலீஷ் கேபட இந்தியன் (தமிழ் க ஹப), சேகர் டக் தது மகமான நக உப் பலிக். சாடி தரப் பெர்சபர் ல் யா. செதிங்க டுஅன் புண்ய ப்ளோக் டபட் இல்மு மகமான நக டுகர் பலிக் பொண்ட், ட்டேன்கோக் ச்ச ல்துளு பகி ய் டக் பன்.

அடிஒஸ்

सिम्पन दुइत दी तबुंग हाजी KL

पगी नि बेर्तोलक अवल सेदिकित दरी रुमः, हंटर अनक के तदिका दी देसा पानदान, तुजुंन्य....नाक बेरुरुसन दी काउन्टर तबुंग हाजी कल ~ जलन तुन रजाक। सम्पाई अवल दी बंगुनन तबुंग हाजी, इसी बोरंग द्स्ब्न्य, बिला दह अम्बिल नोम्बोर गिलिरण डान दुदुक....अप पसल तक बुक लम्पू लगी नि? ला....अदा नोटिस कटा बेर्मुला दरी २ में २००८ काउन्टर अकन बेरोपेरासी दरी जम ८.३० पगी.....बिअसंया मूल जम ७.३० पगी। अप नाक बात केना बयार पार्किंग र्म१.५० ला.

Wednesday, June 11, 2008

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Setelah sekian lama membaca blog bloggers yang lain maka hari ini saya memulakan blog sendiri. Tidak ada niat yang tidak baik dalam membina blog ini dan juga tidak ada tema yang spesifik. Semoga apa-apa perkongsian yang diutarakan akan dapat dimanfaatkan dan yang paling penting sekali diredhai oleh Allah S.W.T.

Salam hormat.

Izuddin