Thursday, July 23, 2009

Kuliah Ust Mohd Zain @ 22 Julai 2009

Ustaz Mohd. Zain menyambung semula kuliah beliau yang tertangguh beberapa bulan disebabkan beliau mengalami kemalangan motosikal dalam perjalanan beliau menuju ke tempat kuliah di Bangsar.

Beliau menyambung kembali kuliah Kitab Zaadul Maad pada tajuk Solat Kusuf (Solat Gerhana) tentang bagaimana sunnah Nabi S.A.W. mengerjakan solat tersebut berserta dengan khutbahnya sekali. Berkebetulan pula pada pagi 22 Julai 2009 berlaku gerhana matahari.

Beliau menerangkan bahawa ada beberapa cara untuk mengerjakan solat ini, yang paling afdal (mengikut sunnah) ialah solat dua rakaat seperti berikut:

a) Rakaat pertama: Selepas membaca Fatihah, hendaklah dibaca Surah Al-Baqarah selepas itu rukuk dan tegak kembali untuk membaca Fatihah dah Surah Al-Imran

b) Rakaat Kedua: Selepas membaca Fatihah, hendaklah dibaca Surah An-Nisa' selepas itu rukuk dan tegak kembali untuk membaca Fatihah dah Surah Al-Maidah.

Selain dari itu kita juga boleh mengerjakan solat dua rakaat seperti biasa. Solat Kusuf adalah sunat muakkad dikerjakan secara berjemaah.

Terdapat hadis Nabi S.A.W. yang menceritakan bahawa bila berlakunya tiga gerhana dalam satu hari kiamat akan terjadi.

Sedikit kesilapan dalam terjemahan kitab yang sebenarnya Dajjal adalab buta mata kanannya(hadis) bukan buta mata kiri.

Satu perkara yang menarik (antara lain) dalam khutbah gerhana Baginda Nabi S.A.W. menceritakan bahawa tidak akan terjadi kiamat kecuali muncul tiga puluh pendusta yakni 30 pendusta yang mengaku nabi dan yang terakhir sekali ialah dajjal.

Wallahua'lam.