Sambungan bab kelebihan hari Jumaat dari kitab Zaadul Ma'ad.
Nombor 6 sampai nombor 16.
Pada menceritakan lagha ketika dengar khutbah, lagha bukan setakat bercakap2 semasa khutbah tetapi juga bila ditanya selepas khutbah tentang isi khutbah tapi sudah tak ingat ~ juga lagha. (Cuma permasalahan sekarang ialah kualiti khutbah yang tidak mencapai maksud - peng.).
Satu perkara lagi yang saya rasa agak penting yang disentuh ialah keutamaan membaca surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat. Kelebihan membaca surah al-Kahfi ada dua yang penting:
1. Selamat dari fitnah dajjal
2. Selamat dari fitnah pada saat kematian
Mengikut Imam Ahmad, saat mati ada dua perkara yang amat besar:
1. Pengharapan dengan Allah
2. Perang dengan iblis
Ada kisah saat kematian Imam Ahmad yang diceritakan.
Ada kelebihan juga jika menghafal 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah ini.
Satu lagi huraian yang agak panjang tentang musafir pada hari Jumaat. Disebabkan pandangan Imam Syafie rmh bahawa solat Jumaat perlu ada 40 orang maka ada beberapa kaedah hukum pada bermusafir pada hari Jumaat, makruh sebelum subuh, haram selepas itu. Pada pandangan Imam2 yang lain, tidak meletakkan jumlah sebagai syarat solat Jumaat, cukup jika dapat berjemaah jadi musafir pada hari Jumaat adalah makruh sahaja.
Wallahua'lam
Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
-
HasrizalAn educator, author, and advocate for inclusive education with a
career spanning leadership, innovation, and personal growth. While locally
rooted,...
1 month ago
2 comments:
Akubukanustaz,
No. 6 to no.16 tu gapo dio?
demo ada zaadul maad ko tak dok?
antara senarai pengkhususan kelebihan hari jumaat.
kawe nok tulih letih la, banyok tuh. kalu ikut senarai nombor 1 hingga 33.
Post a Comment